KENYATAAN MEDIA MCW-Berkenaan lantikan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Hakim Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KENYATAAN MEDIA MCW
21 Mac 2024

1. MCW meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai lantikan baharu bagi mengisi tiga jawatan utama negara membabitkan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Hakim Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

2. MCW berpendapat, perlantikan itu harus diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

3. MCW berpandangan Ketua Pesuruhjaya SPRM harus seorang yang berwibawa, profesional dan mempunyai ketegasan untuk memastikan kesinambungan siasatan dan pertuduhan kes-kes berprofil tinggi yang sedang giat dijalankan. Setakat ini, MCW berpendapat bahawa khidmat Tan Sri Azam Baki masih lagi diperlukan berdasarkan pengalaman dan ketangkasan beliau menangani pelbagai isu semasa.

4. Sekiranya adanya lantikan baharu, jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlulah dikalangan pegawai Suruhanjaya itu yang berdasarkan kepada pengalaman dan kriteria yang ditetapkan. Ini akan memastikan tiada lantikan politik yang berpotensi membangkitkan persepsi negatif terhadap kewibawaan dan kebebasan Suruhanjaya itu.

Jais Abdul Karim
Presiden