LOGO DAN MAKSUD


Logo berbentuk tulisan kemas yang berwarna putih dan berlatar belakang warna biru menggambarkan disiplin serta fokus pertubuhan ini terhadap gerakan revolusi menentang rasuah dengan tegas. MCW berdiri teguh bersama komitmen barisan kepimpinan yang tinggi demi memastikan visi, misi dan objektif pertubuhan ini mencapai matlamat.

    • WARNA BIRU membawa maksud keseimbangan, keyakinan, keseriusan dan kepercayaan. Kombinasi warna biru muda dan biru tua merupakan kekuatan yang saling melengkapi. Biru muda membawa maksud kepercayaan dan warna biru tua melambangkan pengalaman serta jati diri yang teguh.
    • WARNA PUTIH melambangkan kebersihan, kesucian dan keikhlasan. Selain itu, warna putih juga melambangkan pertubuhan ini memiliki integriti yang tinggi.
    • SEGI EMPAT yang membentuk logo bererti kestabilan, kukuh, teguh dan rasional.  Setiap empat penjuru logo mempunyai maksud tersendiri dan melambangkan nilai-nilai penting iaitu K.I.T.A; Kebertanggungjawaban (Responsibility), Integriti (Integrity), Telus (Transparency) dan Akauntabiliti (Accountability).