PERLEMBAGAAN MCW

MATLAMAT PENUBUHAN DALAM PERLEMBAGAAN MCW (FASAL 3)

3.1.           Bertindak sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan yang menyokong perjuangan kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menjalankan pelbagai aktiviti serta kempen menentang rasuah kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

3.2.           Menyediakan platform untuk sesiapa sahaja melaporkan rasuah. Berkongsi apa sahaja yang mereka alami; lihat dan ketahui mengenai salah laku rasuah menerusi laman web, talian SMS, media sosial, e-mel atau pos.

3.3.           Melaksanakan program Kesedaran dan Pendidikan yang menekankan aspek Integriti dan Tadbir Urus yang baik sebagai sistem kawalan dalaman pencegahan perlakuan rasuah.

3.4.           Mengumpul dan menganalisis maklumat untuk mengenal pasti corak dan kebiasaan berlakunya rasuah. Menyediakan laporan penyelidikan kes-kes rasuah untuk mencari penyelesaian kes rasuah sistemik yang boleh menggugat kesejahteraan dan kelangsungan sesebuah negara.

3.5            Menyediakan saluran komunikasi dan media untuk berkongsi maklumat serta hasil penemuan berdasarkan kajian kes-kes rasuah dengan semua lapisan masyarakat; pihak penguatkuasa (SPRM), orang awam, NGO yang berfikiran sama seperti badan-badan awam dan pihak yang telah dilemahkan oleh salah laku rasuah.

3.6.           Bertindak sebagai sekretariat yang menyatukan semua Badan Bukan Kerajaan (NGO), organisasi yang berminat dengan aktiviti pendidikan integriti dan pencegahan rasuah di dalam serta luar negara.

3.7.           Memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu atau organisasi yang cemerlang memperjuangkan aktiviti pendidikan integriti dan pencegahan rasuah.