PROSES PERJURIAN PERTANDINGAN VIDEO INTEGRITI ANJURAN MCW BERSAMA IIM

*PROSES PERJURIAN PERTANDINGAN VIDEO INTEGRITI ANJURAN MCW BERSAMA IIM*
Sabtu, 3 Feb 2024, Kajang – Pagi ini telah berlangsung proses tersebut. Setelah hampir 45 hari pertandingan ini berlangsung, kita telah menerima 30 penyertaan dari pelbagai kelompok masyarakat terutamanya golongan mahasiswa.
Juri yang telah dipilih dan hadir melaksanakan tugasan tadi ialah Dato’ Haji Ezaruddin Abdul Rahman, mewakili MCW, Puan Alida Mahmood mewakili Institut Intergriti Malaysia dan Puan Ati Hasmila Ahmad Tajulddin dari RTM.
Terdapat 5 kriteria utama yang diberikan penilaian iaitu kreativiti, keaslian,menepati konsep, menyerlahkan maksud integriti dan sesuai untuk siaran multiplatform.
Urusetia MCW yang mengendalikan sesi itu ialah Puan Rohani Musa, Ketua Penerangan MCW selaku Pengarah Projek bersama Saudara Rosdi Amir, Setiausaha Agung dan Saudara Rusydi Jaafar, Setiausaha Eksekutif MCW.
Majlis Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Hadiah Pertandingan ini akan diadakan pada 24 Feb di Kelab Tasik Putrajaya yang dijangka akan disampaikan oleh seorang VIP terpilih.