APAKAH YANG ANDA FAHAM MAKSUD “LIABILITI KORPORAT”

BAB 15
APAKAH YANG ANDA FAHAM MAKSUD “LIABILITI KORPORAT”?
Di negara ini, tiada maksud khusus “liabiliti korporat” di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, mulai pada 01 Jun 2020, kerajaan melalui SPRM telah menguatkuasakan peruntukan undang-undang baharu, dikenali Seksyen 17A, Akta SPRM 2009 (Pindaan) 2018 bagi kesalahan jenayah rasuah melibatkan organisasi komersial atau syarikat korporat. Peruntukan undang- undang ini, yang lebih dikenali sebagai “liabiliti korporat” kerana organisasi komersial juga mempunyai liabiliti dan boleh dihukum sekiranya pekerja atau kakitangannya atau orang tengah terlibat dengan jenayah rasuah berpunca daripada arahan atau bertindak bagi pihak organisasi komersial itu.
Mengikut Seksyen 17A (😎, Akta SPRM 2009 (Pindaan) 2018, definisi organisasi komersial iaitu organisasi yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016; perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian 1961; perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dan syarikat luar negara yang menjalankan perniagaan di Malaysia.