Informasi dan analisa ringkas MCW berkenaan CPI 2023: Kedudukan dan Skor Terkini Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah

Informasi dan analisa ringkas MCW berkenaan CPI 2023: Kedudukan dan Skor Terkini Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah
1. Pada 30 Januari 2024, Transparency International mengumumkan keputusan terkini Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi Malaysia.
2. Skor Malaysia meningkat kepada 50/100 dari skor sebelumnya iaitu 47/100 pada tahun sebelumnya, 2022.
3. Kedudukan Malaysia dalam CPI 2023 adalah di tempat ke-57 daripada 180 negara, berbanding dengan kedudukan sebelumnya di tempat ke-61.
4. Transparency International, yang berpusat di Berlin, Jerman, telah menerbitkan CPI setiap tahun sejak 1995.
5. CPI mengukur tahap rasuah dalam sektor awam, termasuk perbuatan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dana kerajaan, ketelusan maklumat, keberkesanan siasatan dan pendakwaan kes rasuah, serta kesungguhan kerajaan dalam memperkukuh integriti dan perlindungan kepada pemberi maklumat.
6. Sektor swasta, jenayah pengubahan haram, dan lari cukai tidak termasuk dalam pengukuran CPI.
7. CPI bukanlah satu kajian tunggal, tetapi dikeluarkan berdasarkan hasil pengumpulan 13 kajian dari pelbagai pihak. Hanya komponen tertentu dalam kajian tersebut yang diambil kira.
8. Malaysia pada CPI 2023 melibatkan 9 kajian, antaranya Bertelsmann Stiftung Transformation Index 2022, Economist Intelligence Unit Country Risk Service 2021, dan lain-lain.
9. Denmark, New Zealand, dan Finland adalah antara 10 negara terbaik dalam CPI 2023, manakala Sudan Selatan, Somalia, dan Syria antara yang tercorot.
10. Dalam kalangan negara Islam, Malaysia berada di tempat ke-5, di belakang UAE, Qatar, Oman, dan Saudi Arabia.
11. Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia menempatkan diri di tempat ke-2, di belakang Singapura dimana Brunei telah terkecuali.
*Analisis dan Cadangan*
Kenaikan skor Malaysia dalam CPI 2023 menunjukkan usaha positif yang diambil Malaysia untuk menangani isu rasuah. Peranan SPRM dan AGC dalam mendakwa bekas pemimpin politik turut memberi impak positif. Setinggi tahniah kepada usaha berterusan mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat isu-isu berkaitan persepsi rasuah yang masih belum selesai, termasuk keputusan proses undang-undang yang berkaitan dengan pemimpin politik. Rancangan jangka panjang dan kerjasama diperlukan untuk mencapai sasaran meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI.
*Semoga usaha berterusan untuk memperbaiki integriti dan ketelusan dalam pentadbiran negara akan memberikan hasil yang positif dalam jangka masa panjang.*