RESPONS MEDIA MCW berkenaan pelantikan ahli politik sebagai Pengerusi GLC

15 Mac 2023

MCW cuba memandang positif perkara ini.

Ahli politik yang mempunyai pengalaman dan kepakaran serta kelulusan professional wajar dilantik jika tiada calon lain yang lebih berkelayakan.

Ahli-ahli politik ini pasti mempunyai akses dan sumber penting seperti kawalan dan pengaruh politik yang diperlukan untuk menjadikan GLC berjaya.

Selain itu, lantikan ini juga dapat memastikan bahawa keputusan-keputusan GLC selaras dengan dasar kerajaan dan objektif nasional.

Namun, mereka mestilah diberikan latihan pengukuhan integriti dalam memastikan masalah salah guna kuasa yang sering berlaku dapat dikekang.

Kuasa yang diberikan kepada mereka perlu dipantau dengan teliti dan pelbagai SOP perlu diperkenalkan dan diperketatkan.

Mereka perlu diberikan taklimat khusus berkenaan limitasi kuasa sebagai rujukan dan garis panduan pentadbiran. Nilai integriti diri mereka juga perlu diuji dan diperkasakan.

Pelantikan terkini kerajaan PH ini pasti akan diteropong secara terperinci kerana mereka pernah menyatakan untuk tidak mahu lantikan politik menerajui GLC.