KENYATAAN MEDIA MCW-BERI KEBEBASAN SPRM SIASAT PEMIMPIN POLITIK

Jais Karim

KENYATAAN MEDIA PEMERHATI RASUAH MALAYSIA – MCW
9 Mac 2023

BERI KEBEBASAN SPRM SIASAT PEMIMPIN POLITIK

1. Jenayah rasuah dan perbuatan salah guna kuasa sering berlaku dalam kalangan ahli politik dan tidak mengenal parti.

2. Sesiapa sahaja yang disiasat dan dituduh pasti ada sebab dan alasan kukuh kerana pihak SPRM telah menjalankan siasatan secara menyeluruh, terperinci dan profesional.

3. Pujian harus diberikan kepada SPRM kerana menjalankan amanah dan tugas dengan berani tanpa ‘memilih bulu’ sama ada individu tersebut mempunyai pangkat atau kedudukan tinggi dalam parti tertentu ataupun masyarakat.

4. Siasatan dan pendakwaan ke atas pemimpin parti politik perlu diberikan perhatian serius dan dijadikan sebagai pengajaran kepada pemimpin politik yang lain.

Hakikatnya, budaya politik Malaysia sudah terlalu tercemar dengan pelbagai masalah moral, integriti, rasuah, salah guna kuasa dan nepotisma.

5. Pengiat politik dan rakyat harus bersedia untuk melakukan pemutihan budaya politik ke arah politik sihat yang bermoral, berintegriti tinggi dan bertanggungjawab terhadap amanah tugasan.

6. Isu penyiasatan dan pendakwaan ‘terpilih’ tidak timbul jika kita benar-benar bersih dan tidak terbabit dengan gejala rasuah atau salah guna kuasa.

7. Mahkamah membuat keputusan setelah mendengar hujah-hujah daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dengan bukti-bukti yang dikumpulkan oleh pihak SPRM.

8. Perbuatan rasuah tetap salah dan semua pihak harus menghormati keputusan mahkamah jika seseorang itu terbukti bersalah dan harus dijatuhkan hukuman.

HAJI JAIS ABDUL KARIM
PRESIDEN