Respons Media MCW
20 September 2022
Pengumuman YAB Perdana Menteri bahawa kerajaan menetapkan semua ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk ahli badan kehakiman perlu mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disambut baik oleh semua warga MCW.
Kami percaya ianya akan membawa pelbagai kesan positif ekoran peraturan pengisytiharan harta ini.
Mereka pastinya perlu memberi justifikasi kepada pendapatan yang berlebihan dan terpulanglah kepada SPRM sama ada untuk menerimanya atau tidak.
MCW berharap pihak SPRM akan menyiasat dengan terperinci pengisytiharan harta tersebut dan mengambil segala tindakan yang perlu demi memastikan rasuah dikalangan kelompok ini dapat dikekang.
Ruang dan peluang yang ada pada kelompok ini serta peruntukan atau tender besar yang dikeluarkan oleh agensi tersebut pasti menimbulkan pelbagai keraguan yang munasabah.
MCW berharap peraturan ini dikuatkuasakan dan dilaksanakan dengan mesra dalam membuktikan bahawa kerajaan benar-benar serius memerangi rasuah di negara ini.