Penyampaian Pingat Bakti kepada Ahli Pemikir MCW dan Mesyuarat AJK Bulanan

KAJANG, 21 September- Presiden, Jais Abdul Karim berbesar hati menyampaikan Pingat Bakti MCW kepada Ahli Panel Pemikir, Cikgu Ghazali dan Tuan Supian Mahmood, Penasihat Tamu MCW yang juga bekas Pengarah Kolej Vokasional Kajang yang sentiasa prihatin memberi idea bagi menyokong aktiviti pendidikan antirasuah bersama MCW.
Pengurusan MCW juga mengadakan mesyuarat dalaman di pejabat MCW pada sebelah petang setelah tamat pertandingan pidato di KV Kajang. Status dan isu pemutihan keahlian MCW dibincangkan dengan lebih terperinci. Notis dan tindakan susulan berkaitan status keahlian akan dilaksanakan oleh Setiausaha Agung MCW.
Seusai mesyuarat, Presiden menyampaikan Plak Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 5 Tahun MCW kepada Setiausaha Agung Rosdi Amir dan Naib Presiden 4, MCW, Qamar Ariff atas kerajinan dan komitmen yang baik dalam menjalankan pengurusan MCW.