PANDUAN MEMBERI MAKLUMAT KES BERKENAAN RASUAH YANG BERKUALITI

PANDUAN MEMBERI MAKLUMAT KES BERKENAAN RASUAH YANG BERKUALITI.

1. Pastikan maklumat yang diberi adalah di bawah bidang kuasa SPRM. SPRM hanya boleh bertindak ke atas maklumat yang di bawah bidang kuasanya.

2. Memberikan maklumat yang menjurus dan tidak terlalu umum. Kumpulkan maklumat dan sampaikan isi penting seperti :

Sertakan nama dan maklumat perhubungan anda.

3. SPRM menerima maklumat dari pemberi maklumat yang tidak dikenali, tetapi adalah lebih baik sekiranya kami dapat menghubungi semula anda bagi membantu kami bertindak dengan cepat dan lancar.

SPRM tidak dapat bertindak ke atas banyak maklumat yang tiada maklumat perhubungan.

4. Anda juga boleh mengetahui status maklumat anda melalui Sistem Pengurusan Aduan sekiranya anda menyertakan nama dan maklumat seperti emel atau nombor telefon mudah alih.

5. Jangan khuatir. Anda dilindungi. Pemberi maklumat akan dilindungi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

📍 8 CARA UNTUK MELAPORKAN KES RASUAH DI MALAYSIA📍

1. Menghubungi talian panas +603 8870 0688

2. Melalui SMS ke talian +6019 6000 696

3. Menghantar faks ke talian +603-8870 0934

4. Melalui talian bebas tol – 1-800-88-6000

5. Melalui email ke info@sprm.gov.my

6. Melalui aplikasi MACCMobile yang boleh dimuat turun dari Playstore/ Appstore/ Windowsstore

7. Melalui surat tanpa setem ke alamat SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, PETI SURAT 6000.

8. Hadir terus ke pejabat SPRM yang berdekatan.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT INI DIBAWAKAN OLEH MALAYSIA CORRUPTION WATCH – MCW
Facebook: Malaysia Corruption Watch
Laman web: www.corruptionwatch.my