KENYATAAN MEDIA MCW berkenaan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

KENYATAAN MEDIA MCW berkenaan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

1. MCW mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei ini.

2. MCW berpendapat, pelantikan semula itu adalah bukti beliau telah menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan mendapat kepercayaan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong untuk meneruskan perkhidmatannya.

3.MCW berpandangan Tan Sri Azam Baki memiliki pengalaman luas dan memenuhi kriteria yang ditetapkan khususnya dalam memastikan kesinambungan siasatan dan pertuduhan kes-kes berprofil tinggi yang sedang giat dijalankan.

4.Perkhidmatannya beliau amat diperlukan bagi melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif pencegahan menerusi NACS yang baru dilancarkan terutamanya berkenaan penambahbaikan pengurusan tatakelola nasional yang pasti akan dapat membantu meningkatkan daya saing negara sekali gus mengurangkan risiko berlakunya gejala rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.

Salam perjuangan dan sokongan jitu yang tidak berbelah bahagi daripada seluruh warga Malaysia yang cintakan integriti dan mahukan Malaysia dibersihkan dari najis rasuah.

Haji Jais Abdul Karim
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia
10 Mei 2024