Soalan wartawan – berdasarkan statistik laman portal rasmi SPRM, jumlah tangkapan berhubung rasuah semakin meningkat bagi tahun 2024 iaitu bulan jan sebanyak 125, bulan Feb 132 manakala Mac 149
Berdasarkan 3 bulan pertama dapat dilihat jumlah meningkat.
Oleh itu, boleh saya dapatkan pandangan MCW mengenai perkara tersebut. Sudah banyak kempen tetapi ia seolah olah tidak berkesan.
Respons MCW
Peningkatan jumlah tangkapan berkaitan rasuah merupakan hal yang mencemaskan negara. Walaupun pelbagai kempen antirasuah dibuat, ia jelas memerlukan pendekatan yang lebih holistik dan berterusan. Perlu ada penekanan yang lebih besar kepada usaha pencegahan, penguatkuasaan undang-undang, dan penyelidikan mendalam untuk mengenal pasti punca terkini serta kawalan yang lebih ketat terhadap sektor-sektor yang berisiko tinggi.
Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang mendorong rasuah semakin berleluasa:
1. Tekanan kewangan dan ekonomi rakyat yang mencengkam kehidupan asas dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran inflasi tinggi.
2. Persepsi buruk terhadap pemimpin politik dari kedua blok, di mana rakyat melihat kerapuhan sistem perundangan dan struktur yang semakin tidak dipercayai.
3. Kelemahan kepemimpinan jentera/agensi kerajaan dalam melaksanakan sistem penyampaian yang berkesan dan meningkatkan moral penjawat awam.
4. Komuniti perniagaan masih melihat semua peluang perolehan kerja dan perkhidmatan masih dibelenggu amalan nepotisme dan wang suapan yang memaksa mereka terlibat sama.
Keseluruhan sistem pentadbiran kerajaan perlu dikaji semula, terutamanya berkenaan dengan SOP yang memberi ruang dan peluang terjadinya perlakuan rasuah. Kajian semula terhadap keberkesanan penempatan pegawai SPRM di jabatan kerajaan juga penting.
MCW percaya kesungguhan kerajaan sekarang dalam memerangi rasuah dan kerja keras pihak SPRM menjadi faktor penting dalam usaha memperbaiki keadaan ini. Situasi rasuah di Malaysia dijangka akan pulih dalam masa yang terdekat ini.