SERAMAI 21 ORANG DILANTIK SEBAGAI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN STRATEGI PEMBANTERASAN RASUAH NASIONAL (NACS)

SERAMAI 21 ORANG DILANTIK SEBAGAI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN STRATEGI PEMBANTERASAN RASUAH NASIONAL (NACS)
Cyberjaya, 20 Februari – Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) di sini hari ini.
Mesyuarat yang diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato’ Indera Junipah Wandi.
Menurut Dato’ Indera Junipah, mandat bagi pembangunan NACS telah diperolehi melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Rasuah (JKKMAR) Siri 17 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 6 Julai 2023.
Keputusan kerajaan untuk meneruskan agenda antirasuah melalui NACS ini adalah selari dengan keperluan instrumen di peringkat antarabangsa.
“Pembangunan NACS ini adalah sebagai suatu kesinambungan kepada NACP yang telah berakhir pelaksanaannya pada 31 Disember 2023.
Dalam mesyuarat ini, seramai 21 orang telah dilantik sebagai Jawatankuasa Pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) terdiri daripada pakar di dalam fungsi utama sesuatu kementerian/jabatan/agensi dan juga dari pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang memainkan peranan yang penting membantu kerajaan dalam usaha menurunkan kadar jenayah rasuah di dalam negara.
Tarikh peluncuran NACS oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah ditetapkan buat masa ini adalah pada 7 Mei 2024.
Turut hadir Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan, SPRM, KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf dan Timbalan Pengarah BPGN, Tuan Hj Mohd Gunawan Che Ab Aziz.
Tahniah kepada Setiausaha Agung MCW, Saudara Rosdi Amir yang telah dipilih menjadi Anggota Jawatankuasa Tetap Pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional NACS yang dikelolakan oleh Bahagian Perancangan Governans Nasional SPRM.
Jawatankuasa ini dibentuk dengan objektif bagi memastikan hala tuju pembangunan dan intipati NACS yang dibangunkan selaras dengan keutamaan, sasaran dan keperluan negara di peringkat nasional dan antarabangsa dalam konteks pemupukan tata kelola baik, pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah yang menyeluruh.
Mesyuarat pertama jawatankuasa ini akan berlangsung pada selasa ini di Cyberjaya. Hanya 3 buah NGO dijemput sebagai ahli.
Tahniah dan selamat bertugas kepada beliau.