Respons Media MCW-wajarkan kerajaan menggubal satu undang-undang untuk mewajibkan wakil rakyat isytihar harta

*Soalan wartawan…*
Boleh minta pandangan MCW berkenaan:
Walaupun kerajaan akan perkenal format baharu pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan dan ahli
Parlimen agar lebih telus untuk dikuatkuasa semula, namun ia bukan satu kewajipan.
Hal ini kerana pernah ada ahli Parlimen enggan mendedahkan harta mereka atas alasan keselamatan, ia atas kehendak sendiri.
Jadi wajarkan kerajaan menggubal satu undang-undang untuk mewajibkan wakil rakyat isytihar harta.
*MCW dan rakyat memahami kepentingan keselamatan ahli parlimen ini namun adalah lebih penting bagi mereka untuk mengisytiharkan harta mereka sebagai bentuk akauntabiliti kepada pengundi.*
Menggubal undang-undang yang mewajibkan isytihar harta dapat memperkuatkan integriti pentadbiran kerajaan dan memberi keyakinan kepada rakyat dengan mengambil kira langkah-langkah untuk menjaga keselamatan mereka dalam proses ini.
MCW sentiasa menyifatkan inisiatif pengisytiharan harta keatas anggota kabinet merupakan langkah positif bagi membuktikan ketelusan pemimpin negara kepada rakyat.
Dengan memperkukuhkan sistem ini, kerajaan Malaysia dapat membina kepercayaan awam dan memastikan pelaksanaan tadbir urus yang baik pada semua peringkat pentadbiran.
MCW berpendapat bagi memastikan keberkesanan sistem ini individu yang terbukti menipu seharusnya bersara atau meletakkan jawatan jika terbukti mereka mendapat harta tersebut secara haram.
Tindakan serius perlu diambil keatas mereka yang tidak dapat membuat penjelasan telus terhadap aset berlebihan dan gaya hidup yang terlampau mewah.
Pengisytiharan harta harus dikemaskini secara tahunan oleh menteri dan pegawai-pegawai kabinet. Selain itu, aset yang dinyatakan perlu diaudit dengan melibatkan pihak bebas. Penambahbaikan ini perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan dan integriti proses tersebut bernilai tinggi.
MCW pernah mencadangkan agar menubuhkan sebuah unit pengisytiharan harta yang bebas dan tidak terletak di bawah jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atau pihak polis. Unit ini harus mempunyai kuasa dan sumber yang mencukupi untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap aset yang diisytiharkan oleh anggota kabinet tersebut.
MCW amat berharap agar kerajaan Malaysia mengambil pendirian tegas terhadap isu ini dan bertindak dengan segera untuk memperbaiki serta melaksanakannya segera demi mengekang rasuah dan menjaga integriti, kita mesti mencipta perubahan untuk memulihkan imej negara yang kian terjejas akibat rasuah.
MCW sekali lagi ingin menegaskan bahawa pelaksanaan pengisytiharan harta yang telus dan berkualiti amat penting dalam usaha memerangi rasuah dan dapat mengangkat martabat integriti pentadbiran kerajaan hari ini.
Jais Abdul Karim
Presiden
Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW)
Semua reaksi:

2