PERTANDINGAN VIDEO LAGU INTEGRITI ANJURAN BERSAMA MALAYSIA CORRUPTION WATCH (MCW) & INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)

PERTANDINGAN VIDEO LAGU INTEGRITI ANJURAN BERSAMA MALAYSIA CORRUPTION WATCH (MCW) & INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)
TEMA: TEGUHKAN INTEGRITI
TERMA DAN SYARAT:
1. Penyertaan adalah PERCUMA.
2. Penyertaan adalah terbuka kepada belia dan pelajar berumur 35 tahun ke bawah.
3. Penyertaan adalah boleh secara individu ataupun berkumpulan (Maksimum 5 orang satu kumpulan)
4. Hasil karya mestilah asli dan video adalah pertama kali dipertandingkan
5. Tema berdasarkan lagu Integriti bertajuk TEGUHKAN INTEGRITI yang berdurasi 2 minit 20 saat.
6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab, terhadap apa-apa jua bentuk tuntutan atau sebarang isu hakcipta berkaitan dengan produksi, terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan, atau sebarang kerugian yang ditanggung peserta
7. TIDAK DIBENARKAN menyentuh sensitiviti kaum, agama, serta politik dalam pembikinan dan penghasilan video tersebut
8. Penyertaan pertandingan video terhad pada satu penyertaan sahaja
9. Kos penggambaran
video ditanggung sendiri oleh peserta.
10. Urus setia pertandingan akan mengumumkan secara rasmi melalui e-mel dan susulan telefon kepada pemenang untuk makluman tarikh majlis penyampaian hadiah secara rasmi.
11. Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat pertandingan.
12. Penganjur berhak membuat keputusan dan memutuskan hanya video yang memenuhi piawaian dan standard juri sahaja yang layak dinobatkan sebagai pemenang.
13. Segala keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD. Sebarang surat-menyurat, rayuan dan panggilan tidak akan dilayan.
14. Semua penyertaan ( Borang Penyertaan) dan penghantaran video hendaklah dikemukakan bersama pada atau sebelum 31 Januari 2024.
15. Penyertaan yang dikemukakan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
16. Peserta dianggap bersetuju dengan kesemua terma dan syarat yang dinyatakan oleh pihak penganjur (MCW dan IIM) yang mempunyai hak milik dan berhak menggunakan rakaman video yang dihantar untuk sebarang kegunaan.
17. Video hendaklah dimuatnaik menerusi Google Drive dan diemelkan (full access – sharing & editing) kepada emel: malaysiacorruptionwatch@gmail.com