PEMERHATI RASUAH MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
11 OKTOBER 2023
ISU KEMAJUAN PROJEK PEMBANGUNAN KAPAL PERONDA GENERASI KEDUA
–PROJEK KAPAL TEMPUR PESISIR (LCS)
- Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) memandang serius terhadap dapatan
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai perkembangan kemajuan
Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua – Projek Kapal Tempur Pesisir
(LCS) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) bagi tempoh Oktober
2022 hingga Mei 2023. Secara tegasnya, isu-isu berkaitan dengan pengurusan projek
dan kelewatan pembinaan LCS ini mesti segera ditangani demi menjaga kepentingan
negara dan rakyat Malaysia.
- MCW mengesa agar kerajaan dan MINDEF benar-benar serius menekankan
aspek ketelusan serta akauntibiliti dalam pengurusan projek ini. Penyediaan maklumat
yang jelas mengenai kos, masa dan perkembangan projek boleh diakses dengan
mudah oleh orang awam atau pemegang saham supaya dapat mendapat gambaran
yang tepat mengenai projek ini.
- Keputusan untuk tidak mendapatkan persetujuan Jabatan Peguam Negara
(AGC) bagi Perjanjian SA 6 wajar diteliti semula dan diberikan perhatian serius.
Berdasarkan senario ini, pihak kami mendesak agar semua perjanjian kontrak dengan
syarikat perlu dirujuk dan disemak oleh AGC bagi memastikan kepatuhan undang
undang.
- MCW juga mengesa agar kawalan dan pemantauan terus ditingkatkan untuk
memastikan projek ini dapat diselesaikan dalam masa yang lebih cepat dengan
anggaran kos yang lebih jimat. Kelewatan menyiapkan reka bentuk dan pelaksanaan
perjanjian kontrak perlu diteliti dengan serius. Kerajaan perlu lebih telus melibatkan
pemegang saham, orang awam dan NGO yang berminat secara aktif membuat
pemantauan ke atas projek ini. Keterlibatan orang awam yang berpengalaman dan
NGO pasti dapat membantu menjaga akauntabiliti dalam pengurusan projek ini. Semua
kontrak perlu dipatuhi dan pengawasan sepenuhnya perlu ditingkatkan dari semasa ke
semasa untuk memastikan prestasi syarikat kontraktor berkenaan.5.
MCW mengambil maklum keputusan untuk mengurangkan bilangan LCS
sebagai langkah yang baik dalam mengurangkan kos. Namun, kita perlu memastikan
bahawa keputusan ini tidak merosakkan keupayaan pertahanan negara.
Pengambilalihan BNS oleh Ocean Sunshine Bhd. (SPV) harus dilaksanakan dengan
telus untuk mengembalikan kepercayaan pemegang saham, pihak bank dan pembekal
dalam pelaksanaan projek pembinaan LCS.
- MCW amat berharap kerajaan memandang serius terhadap isu projek ini dan
mengesa semua pihak yang terlibat mengambil tindakan sewajarnya untuk
menyelesaikan setiap masalah berkaitan projek pembangunan LCS tanpa banyak
alasan bagi memastikan pembinaan aset pertahanan negara berjaya dan menjamin
keselamatan rakyat. MCW juga mahu projek ini menjadi bukti bahawa kerajaan sedang
mengotakan kata dalam memperkasa nilai integriti dan akauntabiliti pentadbiran
negara.
Haji Jais bin Abdul Karim
Presiden