5 FAKTA MCW PADA ULANG TAHUN KEENAM PENUBUHAN

📍 5 FAKTA MCW PADA ULANG TAHUN KEENAM PENUBUHAN📍

1. Diluluskan Pendaftar Pertubuhan Malaysia – ROS pada 24 Julai 2017.

2. Keahlian MCW adalah ‘by invitation only’ dan Mesyuarat AJK MCW telah luluskan keahlian seramai 576 orang setakat ini.

3. MCW telah terlibat dalam melaksanakan 500 inisiatif dalam tempoh 6 tahun ini yang disiarkan dalam pelbagai medium media sosial. 3 buah buku laporan korporat dan 10 bulletin MCW telah diterbitkan dan diviralkan setakat ini.

4. Pengikut FB – Malaysia Corruption Watch mencecah 5 ribu orang manakala 2,000 individu menerima mesej harian menerusi ‘personal wassap’ setiap berita MCW. Laman web MCW – www.corruptionwatch.my telah dilawati lebih dari satu juta pengunjung.

5. Mesyuarat Agung Tritahunan MCW kali ketiga telah berlangsung pada 17 Jun lepas dan Ahli Jawatankuasa MCW bagi penggal 2023-2026 telah terpilih tanpa bertanding dengan rasminya.

MOTO MCW
“ANTI RASUAH BERMULA DARIPADA DIRI ANDA SENDIRI”
“ANTI CORRUPTION START FROM YOU”

COGAN KATA MCW
“ KOMITED. AGRESIF. PERANGI RASUAH”

COGAN KATA KHAS MCW UNTUK PENGGAL BAHARU INI
“MCW NINJA – FIGHT BRIBERY WITH BRAVERY”