10 TEKAD MCW SEMPENA TAHUN BAHARU 2023

10 TEKAD MCW SEMPENA TAHUN BAHARU 2023:

1. MCW MAHU SEMUA PIHAK terutamanya SPRM dan KERAJAAN dapat meningkatkan semangat serta memperhebatkan kempen pencegahan rasuah untuk menjadikan Malaysia bebas rasuah. Negara MESTI lebih dikenali kerana integritinya dan bukan rasuah.

2. MCW tidak akan berputus asa untuk terus mendorong usaha kerajaan menerusi Pelan Antirasuah Nasional yang mempunyai pelbagai inisiatif dalam mencapai matlamat negara bebas rasuah. Usaha ini MESTI mendapat sokongan jitu daripada Ahli Parlimen, pemimpin organisasi dan masyarakat.

3. MCW MAHU semua peringkat masyarakat didesak untuk turut serta dalam usaha menjadikan Malaysia bersih daripada amalan rasuah. Kita MESTI BERANI membuat perubahan DRASTIK untuk mencapai matlamat tersebut dan benar-benar BEBAS RASUAH.

4. MCW bertekad untuk melibatkan seluruh masyarakat dalam perjuangan ini kerana perubahan nilai hidup mereka boleh membawa kepada perubahan senario rasuah di dalam sesebuah negara.

5. MCW MENDESAK Penguatkuasaan Undang-Undang yang lebih efektif. Semua aduan dan maklumat perbuatan rasuah mestilah disiasat secara adil dan saksama. Tidak boleh ada andaian atau persepsi atau realiti bahawa ada amalan penguatkuasaan terpilih. Individu yang ditohmah harus bersedia untuk membersihkan namanya dengan cara yang betul dan bukan dengan menggunakan kuasa atau pengaruh politik.

6. MCW juga mendesak agar Pendakwaan dijalankan secara profesional, benar-benar adil dan TIDAK ADA unsur pendakwaan terpilih.

7. MCW SARANKAN Pengadilan yang lebih efektif!
Mahkamah harus membuat keputusan secara adil dan hukumannya juga MESTI adil tanpa mengira siapa pelakunya. Tanpa ada istilah ‘pilih bulu’. Hukuman yang dijatuhkan juga mesti bukan sahaja sebagai satu pengajaran kepada pelaku rasuah tetapi juga sebagai AMARAN kepada individu-individu lain agar tidak menghampiri perbuatan rasuah.

8. MCW mendesak agar pentadbiran kerajaan BEBAS daripada campurtangan politik supaya semua urusan pentadbiran perkhidmatan awam adalah hasil penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan sistem perolehan berasaskan tadbir urus yang baik serta telus. ‘Value for money’ dan kepentingan rakyat MESTILAH mengatasi lain-lain faedah.

9. MCW menggalakkan pemerkasaan Pembangunan NILAI. Kita harus berupaya membangunkan nilai budaya bangsa Malaysia yang bermaruah dan patuh kepada sistem governans.

10. MCW MENYERU SEMUA RAKYAT BERTEKAD menjadikan NEGARA BEBAS RASUAH!
Jadikan ini sebagai TEKAD dan PEGANGAN setiap rakyat Malaysia. Pelaku rasuah harus dikecam. Setiap warga negara harus membina jati diri agar hidup penuh berintegriti dan TIDAK MENERIMA rasuah DAN juga TIDAK MEMBERI rasuah.

Kita harus ingat bahawa tiada yang terlewat atau mustahil untuk lakukan perubahan. MULA BERUBAH AGAR HIDUP LEBIH BERINTEGRITI. Justeru, kita harus mula dari saat ini bagi menjamin pencapaian ‘outcome’ Negara Bebas Rasuah dalam tahun 2030. Tiada yang mustahil untuk mencapai hasrat ini sekiranya semua pihak mempunyai tekad yang sama dan berusaha ke arah matlamat yang sama. Malaysia pasti akan dikenali kerana integritinya bukan kerana rasuah. Seruan Perdana Menteri Malaysia untuk zahirkan Malaysia BERSIH RASUAH akan menjadi amalan budaya setiap rakyat Malaysia.

Selamat menyambut tahun baharu, semoga 2023 membawa Malaysia sebagai negara harmoni dan bebas daripada amalan rasuah.

Haji Jais Abdul Karim
Presiden MCW
1 Januari 2023