Respons Media MCW berkenaan Penjualan Menara KL

Respons Media MCW berkenaan Penjualan Menara KL
28 Disember 2022

1. MCW percaya pihak SPRM telah menerima aduan berkenaan perkara ini dan akan melakukan penyiasatan yang terperinci.

2. Menteri yang bertanggungjawab pada penggal lepas tidak boleh bersikap lepas tangan kerana Menara KL ini adalah antara mercu tanda negara penting yang dimiliki oleh syarikat milik kerajaan.

3. Kerajaan hari ini mesti membuat penjelasan terperinci yang telus agar masyarakat faham dan terus mendokong agenda integriti tinggi yang sedang dibawa mereka sekarang.

4. Aduan berkenaan kes penjualan Menara KL menerusi media sosial adalah bukti tentang peri pentingnya fungsi anggota masyarakat menviralkan berita yang mungkin benar untuk perhatian dan tindakan pihak berkuasa.

Ayuh rakyat, kita mesti terus berani melaporkan berita yang mungkin benar demi memastikan rasuah dan salah guna kuasa dapat dibanteras dalam negara yang tercinta ini.

Jais Abdul Karim
Presiden
Pemerhati Rasuah Malaysia