Majlis Makan Malam bersama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta

Jakarta,18 Disember 2022- MCW mengadakan Majlis Makan Malam bersama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang diketuai oleh Tuan Jais Abdul Karim, Presiden MCW bagi beramah mesra dengan Tuan Adlan Mohd Shaffied, Kuasa Usaha Sementara sebagai tanda hormat dan menjaga hubungan baik dengan pihak kedutaan. Beliau hadir bersama beberapa orang pegawai dari Wisma Putra, Pendidikan, Imigresen serta Kastam.
Seramai 23 orang peserta kunjungan Ilmiah MCW sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa disambut baik oleh pihak kedutaan.
Pihak kedutaan di sini juga menyambut baik pentadbiran kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengukuhan institusi dan kekuatan perkhidmatan awam dengan tadbir urus yang baik, mengikut undang-undang yang ditetapkan sangat penting untuk memantapkan kestabilan politik.
Hubungan baik dengan pihak berkuasa di Indonesia menjadi keutamaan agar dapat menjalankan tugas yang diamanahkan tanpa sebarang masalah demi menjaga imej negara. Pengalaman bertugas dalam nada naratif yang baik supaya dapat merasakan berada di tanah air sendiri. NGO seperti MCW di Indonesia bertindak sebagai kumpulan pendesak yang berfungsi sebagai semak dan imbang kepada sesebuah pentadbiran kerajaan.
MCW mengharapkan kerajaan baharu lebih prihatin melihat keperluan dan kepentingan institusi kedutaan Malaysia di Jakarta agar dapat menjalankan amanah dengan lebih mantap bagi melindungi rakyat Malaysia di Indonesia.