Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Bertindak bagi menggerakkan aktiviti antirasuah MCW di Pulau Pinang

25 September – Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Bertindak bagi menggerakkan aktiviti antirasuah MCW di Pulau Pinang dan pelantikan Puan Ratanamala sebagai Ketua Aktivis bagi memastikan gerakan aktiviti antirasuah ahli-ahli MCW yang berasal dari Pulau Pinang lebih aktif, berilmu, berdisiplin dan selaras dengan program-program atau aktiviti antirasuah MCW, Ibu Pejabat.

Setiap cadangan aktiviti mesti mengikut prosedur dan dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat AJK yang berpusat di Kajang, Selangor.
Perbincangan secara terperinci diadakan untuk memastikan perancangan pergerakan membanteras rasuah di Malaysia berjalan lancar.

Mesyuarat tadi diikuti dan dipantau khas oleh 7 orang wakil AJK Ibu Pejabat MCW termasuk Ahli Majlis Tertinggi MCW yang turut hadir.
Semoga perancangan ini mendapat keredhaan Tuhan yang maha esa.