Kenyataan Media MCW – SPRM perlu dilibatkan untuk mengatasi masalah penyeludupan minyak masak peket disempadan

*Kenyataan Media MCW – SPRM perlu dilibatkan untuk mengatasi masalah penyeludupan minyak masak peket disempadan*

9 Julai 2022

Berhubung penyeludupan minyak masak peket di sempadan, MCW mendesak agar pihak SPRM dilibatkan sama untuk mengatasi ketirisan tersebut.

Penyelewengan oleh syarikat pemborong berlesen adalah antara punca utama masalah ini ditambah pula oleh agensi penguatkuasaan lain yang turut bersubahat.

Pemantauan pihak SPRM dalam operasi yang berkaitan amat perlu kerana cubaan merasuah pasti akan berlaku apabila penyelewengan atau ketirisan ini melibatkan jumlah kewangan yang cukup besar.

MCW juga menyeru agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyelewengan barang bersubsidi boleh mengemukakan aduan ke saluran aduan rasmi KPDNHEP dan juga di pejabat SPRM yang berdekatan.