Mesyuarat persediaan Larian Mengelilingi Pulau Pinang (POTOUR) di pejabat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. MCW adalah penganjur bersama program ini yang akan diadakan pada 28 Mei 2022.
Wakil MCW untuk mesyuarat malam ini ialah Timbalan Presiden – Prof. Dato’ Dr GP Doraisamy, Penolong Setiausaha Agung – Encik Hafiz Kassim dan AJK – Encik Tan Yen Wooi.
MCW komited mengadakan kempen pendidikan Antirasuah dalam arena sukan tempatan.