MCW mendesak kerajaan agar adakan Pilihanraya umum (PRU) ke 15 dengan segera

KENYATAAN MEDIA MCW
Ahad – 13 Mac 2022

1. MCW mendesak kerajaan agar adakan Pilihanraya umum (PRU) ke 15 dengan segera untuk hapuskan masalah politik negara yang makin meruncing dan krisis pelbagai kes rasuah yang tiada kesudahannya.

2. Kerajaan baharu nanti perlu fokus kepada pembangunan segera ekonomi negara dan kebajikan rakyat serta pembaharuan undang-undang berkaitan integriti politik yang masih gagal dilaksanakan sekarang.

3. MCW yakin PRU 15 akan berikan kestabilan politik yang mampu keluarkan Malaysia daripada pelbagai masalah terutamanya yang berkaitan integriti dan tadbir urus yang negara yang lebih baik.

4. Penangguhan pengumuman ini akan menyebabkan ugutan politik dan pelbagai permainan politik tidak sihat akan makin berleluasa. Keadaan negara akan semakin parah, keyakinan pelabur asing menjunam teruk, ekonomi rakyat semakin parah, pasaran saham akan terus berada pada paras yang sangat teruk, penggangguran dan kadar inflasi meningkat serta langsung tiada pembangunan infrastruktur yang boleh merancakkan pertumbuhan ekonomi.

5. PRU 15 pastinya akan berikan Malaysia sebuah kerajaan baharu pilihan rakyat yang akan segera ‘rebranding’ negara dan menarik pelabur luar kembali ke negara ini. Rakyat mahu kerajaan yang stabil bagi mengembalikan maruah negara dan melawan segala fitnah yang kelihatan makin bersemarak.

6. Semoga rayuan dan desakan ini mendapat perhatian serius pihak kerajaan dan disokong oleh organisasi masyarakat serta semua rakyat yang semakin tertekan dewasa ini.

Haji Jais Abdul Karim
Presiden
Pemerhati Rasuah Malaysia – MCW