Johor Bahru, 6 Mac 2022- Pertemuan dan perbincangan santai Presiden MCW, Jais Abdul Karim bersama En. Elango, pegawai SPRM Johor yang bertugas sepanjang PRN Johor berjalan dengan baik.
Dalam pertemuan pagi tadi, Presiden MCW menyatakan beberapa maklumat penting berkaitan kempen PRN Johor untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak SPRM. Masyarakat awam sentiasa memerhati tanpa sedar terhadap perlakuan rasuah atau salah guna kuasa cuma mereka tidak berani atau kurang faham mengenai cara menyampaikan maklumat kepada pihak SPRM.
Para pegawai SPRM adalah mesra rakyat dan sangat mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membantu dalam usaha pencegahan rasuah. MCW adalah salah satu platform untuk anda membuat aduan atau laporan rasuah.
En. Elango juga diberikan penerangan dan kefahaman mengenai peranan MCW sebagai NGO Antirasuah serta sebagai Pemerhati NGO Tempatan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya SPR Malaysia.
MCW yakin bakal menerima lebih banyak info terkini dalam tempoh pemantauan di PRN Johor. Setiap info berkaitan unsur-unsur rasuah akan dikongsi dengan pihak SPRM bagi memastikan PRN Johor berjalan dengan lancar dan BERSIH TANPA RASUAH. Kerjasama MCW dengan pihak SPRM akan terus terjalin dengan rapat dan telus.