MCW mendesak Kerajaan Malaysia memberikan kuasa Autonomi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

MCW mendesak Kerajaan Malaysia memberikan kuasa Autonomi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diperkasakan kemampuanya untuk membanteras rasuah habis-habisan dengan berani dan tanpa memilih bulu.

Kerajaan mesti berani dan mempunyai “political will” untuk melaksanakannya.

MCW juga juga menggesa kerajaan mengisytiharkan rasuah sebagai musuh nombor satu negara dan bersungguh-sungguh membanterasnya dan rakyat pasti akan menyokong tindakan itu.

Bagi memastikan transformasi ini berkesan dan memberi impak besar, dua perkara mesti diberi penekanan.

Pertama, tindakan ke atas “bapak jerung” haruslah dibuat dengan tegas. Jangan sesekali ada ‘double standard’.

Kedua, tindakan tegas dan keras mestilah juga diambil ke atas pemberi rasuah. Merekalah yang menjadi punca rasuah. Jika tiada pemberi, masakan ada penerima?

Perkara yang disuarakan ini mesti dilaksanakan segera kerana kedudukan rasuah di negara ini sudah berada pada tahap parah.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT INI DIBAWAKAN OLEH MALAYSIA CORRUPTION WATCH – MCW

Facebook: Malaysia Corruption Watch

Laman web: www.corruptionwatch.my

Sekiranya anda berminat untuk ikuti pelbagai info dan berita berkenaan rasuah dan salah guna kuasa, sila tekan link ini
http://www.wasap.my/60178111472/MinatMCW

Simpan nombor ini sebagai MCW untuk mendapat info terkini setiap hari.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*