SPRM perlu siasat Syed Saddiq: MCW

SPRM perlu siasat Syed Saddiq: MCW

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat kes kehilangan wang peti besi milik bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Kita risau pemimpin muda harapan negara ini mungkin telah ‘dibeli’ menerusi kaedah ini oleh pihak yang berkepentingan yang membawa kepada perbuatan salah guna kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau menggesa Ahli Parlimen Muar itu menjelaskan kepada rakyat Malaysia punca wang tersebut secara terperinci.

Katanya, sebagai ahli parlimen yang selalu bercakap tentang anti rasuah dan salah guna kuasa, Syed Saddiq mestilah jujur, matang dan bersikap terbuka.

“Rakyat berhak untuk tahu kerana kami yakin beliau adalah bakal pemimpin masa depan negara yang semestinya bertanggungjawab dan berintegriti tinggi,” katanya.

Semalam, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengesahkan, kecurian berlaku di kediaman beliau dan polis sudah membuat siasatan di rumahnya sejak Ahad malam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*