Gejala rasuah dalam negara masih serius, perlu dibendung

Gejala rasuah dalam negara masih serius, perlu dibendung
15 Julai 2018 3:00 AM

Kosmo Online
JAIS (duduk, tiga dari kanan) bersama Romli (duduk di tengah) bergambar bersama ahli-ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Khas Pemerhati Rasuah Malaysia 2018 yang  diadakan di Kolej Komuniti, Hulu Langat semalam.

KAJANG – Kesedaran dalam kalangan rakyat tentang rasuah semakin meningkat dengan pelbagai kempen yang dilakukan, namun kadar tersebut masih tidak mencukupi untuk mengurangkan jumlah pelaku rasuah di negara ini.

Presiden Pemerhati Ra­suah Malaysia, Jais Abdul Karim memberitahu, berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah 2017 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI), kedudukan Malaysia turun ke tangga 62 daripada 180 buah negara berbanding 55 pada tahun 2016.

“Indeks tersebut menunjukkan keadaan di Malaysia masih kritikal dan ia perlu dibendung menerusi pe­nguatkuasaan dan kempen secara berterusan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Khas Pemerhati Rasuah Malaysia di sini semalam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*