Pada 7 April 2018, Program Taklimat dan Dialog berkaitan Akta 711 Pemberi Maklumat) MCW dengan kerjasama SPRM yang dikendalikan oleh para pegawai, Pejabat Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Dato Seri Azam Baki. Kerjasama erat ini memberikan semangat dan sokongan kepada MCW untuk terus berani kehadapan memperjuangkan agenda gerakan antirasuah negara.
Acara bermula dengan ucapan alu-aluan Presiden MCW, Tn.Hj.Jais Abdul Karim. Majlis dirasmikan oleh Dato’ Samat Kasah yang menggantikan kehadiran Dato’ Seri Azam Baki yang pada saat akhir tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan bagi merasmikan program ini.
Dato’ Seri Zakaria Jaafar, Presiden YARM turut hadir sebagai salah seorang tetamu vip yang dijemput oleh MCW bagi mengharmonikan perjuangan antirasuah.
Taklimat dan dialog berkaitan Akta 711 Pemberi Maklumat ini disampaikan oleh Dato’ Nor Azmi Karim, Ketua Kluster Khas, BPRTM amat memuaskan hati para hadirin serta barisan kepimpinan MCW.
Penerangan taklimat ini perlu dipanjangkan kepada semua agensi kerajaan dan swasta atau orang awam agar benar- benar memahami peranan, hak, prosedur serta perlindungan yang diberikan sebagai pemberi maklumat yang termaktub di bawah Akta 711.
Leave a Reply