MCW @ Jelajah Pendidikan KPM

MCW @ Jelajah Pendidikan KPM

Pada 31 Mac & 1 April 2018, MCW menyertai pameran Jelajah Pendidikan KPM yang diadakan di Mydin Mall, Parit Buntar, Perak. Orang ramai tidak melepaskan peluang singgah di booth pameran MCW untuk mendapatkan maklumat berkaitan NGO ini dan buku-buku kerja percuma untuk para pelajar sekolah rendah.

MCW menggunakan pendekatan ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat terutamanya golongan pendidik, PIBG ibu bapa dan pelajar mengenal MCW, sebuah NGO Antirasuah yang berani tampil kehadapan mengetuai pendapat orang awam bagi membantu negara serta masyarakat agar benar-benar bebas daripada cengkaman rasuah.

Pada setiap lokasi program jelajah ini, kami akan terus menyampaikan taklimat ringkas berkaitan MCW dan cara untuk membuat aduan tentang salah laku rasuah menerusi saluran yang tepat. Di samping itu, 5 ribu buah buku kerja percuma yang ditaja oleh rakan strategik MCW, Fargoes Books Sdn. Bhd akan terus diberikan kepada orang ramai yang berkunjung ke lokasi-lokasi program Jelajah Pendidikan KPM dalam usaha memperkasa pendidikan masyarakat setempat di seluruh tanah air.

Promosi MCW dan pemberian buku-buku kerja percuma ini akan diadakan di Temerloh, Pahang pada 14 & 15 April 2018. Jangan lepaskan peluang ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*