MCW lancar talian aduan rasuah esok

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Malaysia Corruption Watch (MCW) mengambil inisiatif dengan melancarkan talian aduan rasuah bagi membantu masyarakat menyalurkan maklumat yang tepat untuk tindakan lanjut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, pihaknya kemudian akan berkomunikasi dengan pengadu dan berbincang mengenai aduan mereka sebelum dibawa ke pihak SPRM untuk siasatan.

Menurutnya, masih ramai tidak tahu bahawa untuk memanjangkan aduan rasuah atau salah guna kuasa kepada pihak SPRM, mereka perlu menitikberatkan empat elemen iaitu siapa pemberi rasuah, siapa penerima rasuah, apakah ganjaran yang ditawarkan dan apakah balasan yang dimahukan.

“Selepas lengkap keempat-empat elemen tersebut, barulah kami boleh membantu menyerahkan kes tersebut kepada pihak SPRM untuk siasatan lanjut,.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang masalah dan aduan berkaitan rasuah atau salah guna kuasa boleh menghantar aduan menerusi aplikasi WhatsApp di talian 017-8111472 mulai esok,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Ramah Mesra MCW bersama Rakan Media di Hotel Putra, di sini hari ini.

Tambah beliau, inisiatif tersebut diharap dapat membantu matlamat utama SPRM dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.-UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mcw-lancar-talian-aduan-rasuah-esok-1.534828#ixzz4umkMN8vE
© Utusan Melayu (M) Bhd

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*