SPRM belum terima laporan berhubung harta TPM

SPRM belum terima laporan berhubung harta TPM

Sinar Harian / Syajaratulhuda Mohamad Rosli 5 Ogos 2017

Presiden MCW, Jais Abdul Karim menyerahkan cenderamata kepada Dzulkifli (dua, kanan) yang merasmikan Mesyuarat Agung Kali Pertama MCW, hari ini.

 

 

GEORGETOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menerima laporan berhubung dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya pada 1996.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya tidak akan membuat siasatan sekiranya belum menerima laporan daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, SPRM tidak akan membuka kertas siasatan berdasarkan ‘cerita orang’ atau hanya menerusi media.

“Jika ada laporan, kita akan teliti dan kaji dahulu. Sekiranya laporan itu berasas, baru kita buka kertas siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kali Pertama Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Selasa lalu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu pengisytiharan harta yang dibuat Zahid ketika dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno, termasuk memiliki RM230 juta dalam akaun banknya. Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu mengakui tiada bukti hitam putih berhubung dakwaannya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*