Isu lesen antara punca utama rasuah

Isu lesen antara punca utama rasuah

KUALA LUMPUR: Sistem perolehan, agensi penguatkuasaan dan isu pelesenan serta permit adalah antara tiga kategori utama yang menyebabkan rasuah diamalkan secara berleluasa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata sistem perolehan memberi ruang kepada amalan salah guna kuasa dan wang negara.

Pada masa, katanya, masalah dadah yang membelenggu Malaysia sejak sekian lama membuktikan masih wujud ruang untuk diperbaiki membabitkan tugas kakitangan agensi penguatkuasaan.

“Malaysia bukan negara pembuatan dadah, tetapi pengguna dadah. Semua agensi buat sekatan di sempadan, namun masih bolos.

“Kita perlu melihat semula dan menyatakan rasuah sebagai musuh nombor satu negara. Jika agensi berkaitan dapat menjalankan amanah dan tanggungjawabnya, saya yakin masalah berbangkit dapat diselesaikan dengan baik.

“Aspek pelesenan dan permit juga perlu dilihat bagi menyelesaikan isu rasuah.

“Mereka yang berada dalam situasi pemberian lesen perlu memastikan tidak wujud unsur rasuah ,” katanya pada sesi dialog SPRM bersama Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden MCW, Jais Abdul Karim dan Presiden MBM, Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*