VISI
Bertindak sebagai NGO pemangkin Gerakan Antirasuah Malaysia yang agresif dalam usaha membanteras rasuah negara dengan berkesan.
MISI
Misi MCW adalah untuk memantau dan melaporkan insiden rasuah di Malaysia. MCW juga terlibat dalam usaha pencegahan rasuah melalui pendidikan, perubahan budaya, pelaporan dan pembaharuan sistem dalam memerangi rasuah. MCW akan berterusan menggalakkan ketelusan, akauntabiliti dan melindungi para benefisiari barangan, perkhidmatan awam, rakyat serta pastikan negara BERSIH RASUAH.