Mesyuarat AJK Bil.5 bagi sesi 2023-2026 serta Penyampaian Bintang Bakti dan Sijil Pengiktirafan Keahlian Baharu MCW

KAJANG, 29 Jun – Perhimpunan Ahli kali ini diadakan di pejabat MCW bagi membolehkan ahli hadir dan melihat sendiri unit pejabat pengurusan MCW. Di samping itu, sesi brainstorming dan Mesyuarat AJK Bil.5 bagi sesi 2023-2026 juga diadakan bagi membincangkan pelbagai usaha pendidikan antirasuah dan mengukuhkan perjuangan MCW pada masa hadapan.
Sesi ‘Brainstorming’ yang cukup hebat bersama Dato’ Zolkifli Abdul, Pengasas BTN tahun 1982 berjalan dengan lancar. Sesi ini diakhiri dengan Majlis Pelancaran Penyampaian Bintang Bakti MCW kepada penyumbang pembelian pejabat MCW dan Sijil Pengiktirafan Keahlian Baharu MCW.
Pada jam 3 petang Mesyuarat AJK Bil.5 berlangsung selama 2 jam bagi mengesahkan keahlian baharu, Minit Mesyuarat AJK Bil.4 yang lalu mengenai persetujuan pembelian unit pejabat di Kajang, pelantikan Ahli Pemegang Amanah, Jawatankuasa pembelian pejabat dan hal- hal lain yang berkaitan serta pergerakan antirasuah MCW.
Terima kasih kepada semua yang turut hadir bagi menzahirkan sokongan padu terhadap perjuangan antirasuah MCW dan negara.