*KENYATAAN MEDIA MCW*
7 Mei 2024
MCW mengucapkan tahniah kepada SPRM dan Kerajaan Malaysia di atas pelancaran Strategi Pencegahan RASUAH Malaysia – NACS 2024-2028 pada pagi ini.
Tiga perkara yang akan membawa kejayaan strategi ini ialah Ketegasan SPRM, Komitmen Penjawat Awam dan Iltizam Politik.
Ketegasan dan konsistensi SPRM sebagai agensi pelaksana strategi ini yang mempunyai punca kuasa yang jelas akan mampu mempastikan Strategi ini dilaksanakan dengan berkesan.
Komitmen Penjawat awam terutamanya pegawai tertinggi di kementerian dan ketua ketua jabatan akan menjadikan Strategi ini dapat direalisasikan.
Iltizam politik anggota kabinet selaku menteri yang mengawal kementerian amat penting dalam memastikan strategi ini sentiasa dilaksanakan dengan pemantauan yang teliti.
MCW berharap penjelasan yang lebih terperinci dapat diberikan berkaitan Insentif yang disebut dalam 5 strategi utama yang disenaraikan.
Insentif untuk penjawat awam sudah jelas namun apakah insentif kepada pihak swasta dan orang awam yang terlibat secara langsung atau menjadi mangsa rasuah?
NGO antirasuah seperti MCW bergantung operasi kepada sumbangan tahunan ahli dan jarang mana mana pihak termasuklah kerajaan memerlukan dana khas untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pendidikan dan kesedaran antirasuah.
MCW yakin strategi ini boleh dilaksanakan dan mencapai objektif yang digariskan dengan melaksanakan perkara yang tepat demi memastikan sasaran kedudukan ke25 dalam Indeks CPI akan tercapai menjelang tahun 2030.
Semoga Malaysia berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.