Parit Buntar, 28 September 2022 – Program pilot kedua, Pertandingan Pidato dan Kuiz Antirasuah Pemimpin Pelajar peringkat Daerah Kerian yang berlangsung di SMK Methodist pada hari ini mendapat sambutan yang sangat baik.
10 orang ahli MCW termasuk Jawatankuasa Tertinggi MCW yang diketuai oleh Tn. Hj Presiden ‘turun padang’ bertugas bagi menjayakan program ini.
Berdasarkan pemerhatian terdapat beberapa perkara baharu mengenai penggunaan alat bantu persembahan bahan sokongan Pidato dan penambahbaikan masalah teknikal perlukan dilakukan untuk memastikan perancangan program yang sama di 30 daerah di seluruh negara berjalan dengan lancar.
Kematangan dan pengetahuan para peserta berkenaan isu integriti dan Antirasuah adalah amat baik. Komitmen para guru dan pihak pejabat pendidikan daerah amat penting dalam memastikan kejayaan program ini.
Laporan lengkap mengenai program ini membolehkan satu cadangan yang komprehensif dan praktikal, malah dapat dijadikan sebagai panduan pelaksanaan program pada masa hadapan.
MCW berharap usaha ini dapat melahirkan generasi muda antirasuah dalam kalangan pelajar dan membolehkan para pemimpin pelajar akan mampu menerajui hal berkaitan integriti dan Antirasuah pada masa hadapan.
Kami Antirasuah
Kami Benci Rasuah
Rasuah Musuh Negara.
“Antirasuah bermula daripada anda”