Kajang, 31 Ogos 2022- Mesyuarat ringkas bersama Panel Penasihat dan Pemikir diadakan pada jam 10.00 pagi dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bil. 9 2020/2023 secara hibrid pada jam 2.00-4.00 petang. Atur cara majlis dimulai dengan nyanyian Negaraku dan laungan Kemerdekaan. Agenda Mesyuarat berjalan dengan lancar. Seramai 10 individu hadir secara fizikal termasuk Pengerusi dan Timbalan Panel Penasihat. AJK yang hadir secara atas talian juga seramai 10 orang. Beberapa perkara penting dibincang termasuk berkaitan pengurusan dalaman, penerbitan buku, penulisan artikel untuk ruangan Berita Harian, Tetamu Bernama Radio dan juga isu keahlian. Mesyuarat bersetuju untuk menetapkan syarat dan kelayakan sebagai ahli baharu. Tapisan yang lebih teliti bakal dilakukan pada tawaran keahlian baharu akan datang.
MCW mahu individu yang menyertai NGO Antirasuah ini bukan sekadar ‘suka-suka’ atau hanya untuk memenuhi profil semata-mata. MCW perlukan ahli yang layak menjadi ‘Key Communicator’ yang proaktif dalam menyampaikan maklumat tepat berkaitan isu rasuah, dasar dan strategi MCW serta peranan SPRM dalam membanteras rasuah negara. Masyarakat awam mesti diberi penerangan yang tepat. Selain itu, peranan ahli untuk membimbing rakan sebaya agar jauhi rasuah.
Pengurusan MCW berhasrat menambah dari semasa ke semasa dan mahukan ahli yang berkualiti serta terlibat secara langsung dalam pendidikan antirasuah tanpa memanipulasikan imej diri ataupun MCW. MCW bukan tempat untuk mempopularkan ahli. Keistimewaan ahli boleh disalurkan sebagai sumbangan antirasuah kepada negara menerusi aktiviti antirasuah MCW dalam pelbagai bentuk dan berintegriti tinggi.