PENGAJARAN RASUAH DALAM ISU EKONOMI, KESELAMATAN NEGARA DAN ISU SOSIAL TERBESAR DALAM SEJARAH NEGARA.

MALAYSIA CORRUPTION WATCH – MCW
*PENGAJARAN RASUAH DALAM ISU EKONOMI, KESELAMATAN NEGARA DAN ISU SOSIAL TERBESAR DALAM SEJARAH NEGARA.*
3 Mei 2020
Pendatang asing tanpa izin (PATI) telah berjaya masuk ke negara kita terutamanya dalam bidang ekonomi kerana rakyat kita yang tidak minat berniaga. Mereka buat apa sahaja untuk mencari duit termasuklah bekerjasama dengan sesiapa saja sama ada baik atau jahat terutamanya kongsi gelap untuk menguasai ekonomi.
Contoh yang terbaik adalah Pasar Borong Selayang. Ianya telah dikuasai oleh tauke Rohingya dan Bangladesh. Tauke-tauke ini kaya raya dan mempunyai persatuan sendiri. Mereka juga sudah mula mencari anak perempuan kita untuk dikahwini. Ada juga yang jahat, mereka merogol dan menganiayai wanita rakyat Malaysia.
PATI ini bermula sebagai peminta sedekah, sudah jadi tauke yang kaya raya. Mereka berkawan rapat dengan bos di agensi penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran untuk proses IC rakan mereka yang lain serta ahli politik untuk membuka ruang masuk lebih ramai PATI.
Semakin ramai mereka, semakin mereka kuasai ekonomi. Maka akan semakin tertindaslah rakyat Malaysia yang semakin leka. Semakin naik tocang mereka.
Persoalannya, di mana kedudukan anak cucu kita pada masa hadapan?
Kemana kita harus pergi?
Kita perlu mengemis di tanah air sendiri?
Perlu duduk di rumah sampah hingga perlu dibantu oleh Ustaz Ebit Liew?
Anak perempuan kita dirosakkan dan anak lelaki kita dilekakan?
Fikirkanlah bersama… Apakah penyelesaian terbaik untuk isu besar ini? Bila ditanya kepada rakan-rakan di agensi penguatkuasa, mereka kata; orang atasan mereka tak sokong kalau mereka buat langkah agresif. Takdak sokongan langsung! Mungkin ketua ini sudah dibela oleh tauke-tauke PATI ini.
MCW ingin mohon sembah maklum kepada Majlis Raja- Raja dan YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa masalah ini adalah amat serius dan perlu tindakan segera. Ianya melibatkan keselamatan, kesihatan, ekonomi dan sosial pribumi yang paling terkesan!
*_Bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur._*
*PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARIPADA PEMERHATI RASUAH MALAYSIA.*
(C&P) Pepatah HARIMAU:
Terlihat kisah viral di medsos tentang Long Tiger ditangkap pihak berkuasa, tiba-tiba teringat kisah kecil-kecil anak harimau – Meskipun kecil tetapi berani.
Siapa sebenarnya kita penyokong kuat Harimau Malaya? Kadangkala, orang kita, rupa macam harimau tapi hati tikus – Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.
Ibarat kambing menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya – Inilah akibat yang akan diterima kalau menolong orang yang tak sepatutnya dalam kesusahan.
Jangan sampai harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan – Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak sendiri di rumah tiada dapat di atasi.
Bak kata peribahasa lain, Jangan di ajar anak harimau makan daging – Orang yang tak baik diberi perangsang untuk membuat aniaya.
Anak harimau juga jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya – Jangan mencari musuh dengan orang yang lebih kuat dan lebih persediaan alat senjatanya.
Beringatlah. Kalau anak harimau menjadi anak kambing, tak patut anak kita baik-baik menjadi bodoh; atau anak yang berani menjadi penakut.
Janganlah kita terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau – Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.
Atau terlepas daripada rahang harimau, termasuk ke dalam rahang buaya – orang yang sentiasa bernasib malang.
Biarkanlah kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat – Orang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya.
Kerana kita tahu, harimau mengaum takkan menangkap – Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.
Jadi duduklah seperti kucing, melompat seperti harimau – Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir.
Elakkan membuat pekerjaan yang sia-sia.
Seperti bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau.
Biar mati ditangkap harimau, jangan mati digigit anjing – Alah di tangan orang yang kuat lebih baik daripada alah di tangan orang lemah.
Tiba masa, harimau perlu menunjukkan belangnya – Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.
Atau boleh juga seperti harimau menyorokkan kuku – Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
Kadangkala, jika dianiaya, perlu bertindak bagai harimau beranak muda – menjadi bengis tapi biar bertempat.
Biarlah jadi harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama – Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Jangan Harimau mati kerana belangnya – Mendapat kecelakaan kerana kelebihan kita.
Sekian.
Haji Jais Abdul Karim
Presiden MCW