PENGUNDI DI JOHOR MESTI MENILAI CALON TERBAIK DALAM TEMPOH KEMPEN INI:
1. MESTI PILIH CALON BERINTEGRITI TINGGI. TOLAK CALON PERASUAH!
2. Petah bercakap dan memahami isu setempat. Bukan sekadar bermain dengan emosi sahaja atau tersenyum kelat melayan rakyat.
3. Perhatikan pergerakan jentera calon tidak memberi sogokan dan pastikan mereka patuh S.O.P. terkini.
4. Pastikan anda benar-benar kenal calon yang bertanding. Dari mana asalnya? Apakah sikapnya menepati karisma pemimpin berintegrti? Sejauh manakah mutu perkhidmatan calon tersebut selama ini? Adakah benar-benar layak atau ‘bidan terjun’?
5. Wakil rakyat TERBAIK ialah mereka yang sanggup mendengar sendiri aduan & rintihan rakyat terutamanya golongan muda dan mampu membawanya ke peringkat atasan untuk diselesaikan.
Sekiranya anda melihat perkara yang disyaki menyalahi peraturan berkempen atau undang-undang pilihan raya, sila WhatsApp maklumat itu di talian 0108011472.
Pemerhati Rasuah Malaysia / Malaysia Corruption Watch (MCW) adalah Pemerhati NGO Tempatan yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk PRN Johor – Mac 2022.
Mohon bantu viralkan Siri Pendidikan Pengundi ini kepada semua rakyat negeri Johor yang akan mengundi pada minggu hadapan. Terima kasih.