KENYATAAN MEDIA MCW BERKENAAN PRN MELAKA

*KENYATAAN MEDIA MCW BERKENAAN PRN MELAKA*
21 November 2021

1. MCW melafazkan kesyukuran kepada Tuhan yang telah mengizinkan PRN Melaka berlangsung dengan aman dan damai serta cukup lancar.Tahniah kepada pihak SPR dan SPRM serta pasukan keselamatan yang telah berfungsi dengan sangat baik.

2. Para petugas MCW yang meliputi pasukan pemerhati rasmi lantikan SPR (8 orang) dan pasukan bantuan (20 orang) telah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

3. MCW telah menerima 20 aduan berkenaan kes yang berkaitan rasuah tetapi tidak dapat dibuktikan dengan lebih lengkap untuk tindakan lanjut pihak berkuasa. Khabar angin bertiup cukup kencang berkenaan rasuah namun tidak ada bukti dan saksi yang sanggup tampil ke hadapan.

4. Peranan MCW sebagai ‘Polis Trafik’ dalam memberi ingatan dan kesedaran berkenaan tanggungjawab pemilih dan pemantauan rasuah serta pelanggaran undang-undang pilihan raya telah dilaksanakan dengan efektif dan penuh komitmen selama 2 minggu.

5. MCW mengucapkan tahniah kepada pihak yang menang dan semoga harapan rakyat Melaka yang mahukan kestabilan dalam memajukan ekonomi negeri serta segera pulih dari ancaman virus Covid 19 akan tercapai.

6. Setiap individu di Malaysia punyai kebebasan untuk memilih calon atau parti yang mereka sukai. Itulah asas demokrasi. Sekarang adalah masanya untuk kita raikan perbezaan itu dan eratkan semula tali persaudaraan.

7. Rakyat Malaysia kelihatan semakin bijak dan matang dalam proses ini dan menjaga keharmonian negara dengan cukup baik. Ayuh kita pertahankan budaya positif ini.