Respon MCW berkenan pencerobohan tanah milik kerajaan di Pahang

Respon MCW berkenan pencerobohan tanah milik kerajaan di Pahang
31 Ogos 2020

Selepas 63 tahun Malaysia Merdeka, masih ramai lagi yang berani menceroboh tanah milik kerajaan. Mereka mengambil kesempatan atas sikap tiada amanah, tidak berintegriti dan sikap korup pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dan pegawai penguatkuasa.

Pegawai kerajaan terutamanya yang korup inilah yg menjadi parasit kepada pencerobohan tanah rezab tersebut.

Bayangkan kerana suapan one-off atau bulanan yg kecil, kerajaan rugi daripada hasil ‘denda’ cerobohan dan juga hasil hutan yg ditebang bagi membuka ladang. Malahan ketirisan daripada kutipan cukai tanah, cukai pendapatan dan sebagainya.

Penjawat awam terutamanya penguatkuasalah sebenarnya menjadi petualang negara.

Rakyat telah mencuba sedaya upaya memerangi rasuah. Ada diantara kita melakukannya dengan penuh amanah dan semangat tapi kita tidak berjaya sepenuhnya kerana petualang ini yang sanggup menjual maruah diri dgn mengambil rasuah.

Kita telah melakukan tanggungjawab kita. Sahabat kita yang lain juga sedang dan akan meneruskan usaha tanpa jemu dan rasa penat.

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 63 ini, seluruh lapisan rakyat menyeru para pegawai kerajaan terutamanya pegawai penguatkuasa untuk berubah daripada mengamalkan rasuah kepada jatidiri integriti demi negara yg tercinta.

Haji Jais Abdul Karim
Presiden

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*