PACC kagum MCW komited tangani rasuah di Malaysia

PACC kagum MCW komited tangani rasuah di Malaysia

SHAH ALAM – Seramai 30 pemimpin kanan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) akan berada Manila, Filipina bagi mengikuti program Lawatan Tahunan Pendidikan selama empat hari bermula Khamis ini.

Menurut laman Facebook MCW, petang tadi Presiden MCW, Jais Abdul Karim melakukan kunjungan hormat bertemu Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (PACC), Dante Jimenez di Palacio Del Gobernado, Intramuros, Manila.

Dante Jimenez merupakan seorang peguam yang berubah menjadi pejuang masyarakat selepas adiknya dibunuh secara kejam oleh penjenayah akibat menolak rasuah.

“Beliau kagum dengan struktur dan komitmen MCW melawan rasuah di Malaysia dan tidak sabar untuk berkongsi pengalaman dengan anggota rombongan MCW,” katanya.

Dalam pada itu MCW menyatakan komitmen penuh untuk menyambut Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) yang diraikan setiap 9 Disember.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*