Promosi MCW @ Jelajah Pendidikan KPM

Peluang yang diberikan oleh KPM ini dimanfaat dengan baik bagi memperkenalkan MCW kepada masyarakat terutamanya golongan pendidik, PIBG dan para pelajar.

MCW mengambil kesempatan menyampaikan taklimat ringkas berkaitan peranan PIBG dan pendidik untuk memerangi rasuah. 5 ribu buah percuma yang ditaja oleh rakan strategik MCW, Fargoes Books Sdn. Bhd diberikan kepada orang ramai untuk memperkasakan ilmu dan pendidikan masyarakat setempat terutamanya pelajar sekolah rendah.

Kehadiran orang ramai amat memberangsangkan, dilaporkan oleh pihak penganjur hampir 17 ribu pengunjung menghadiri Jelajah Pendidikan KPM yang diadakan pada 9 & 10 Mac 2018, di perkarangan PPD Pasir Puteh, Kelantan. Semoga objektif memperkasakan ilmu kepada rakyat akan tercapai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*