SPRM hari ini diakui agresif dengan menggunakan segala kemampuan dan penguatkuasaan atau perundangan yang sedia ada. Tindakan tegas dan agresif ini boleh diperkukuhkan lagi menerusi langkah pembekuan, menyita atau melucutkan hak harta yang diperoleh melalui perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam usaha membendung perlakuan rasuah di negara ini.
Bagaimanapun tindakan tegas dan agresif SPRM sejak setahun lepas ini masih tidak dapat menghakis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadapnya. MCW ini ingin mengingatkan bahawa SPRM berhadapan dengan tugasan yang berat untuk memulihkan semula kredibiliti dan imej SPRM secara menyeluruh. MCW mengajak seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan dan membiarkan SPRM menjalankan tugasan tanpa sebarang gangguan yang bersifat politik ataupun sentimen bangsa mahupun agama. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah media yang berat sebelah dan bersifat provokasi atau pun hanya mempunyai kepentingan menjatuhkan imej negara menerusi isu rasuah. Rakyat harus lebih bijak memilih saluran media sosial yang tepat bagi mengelakkan tertipu dek agenda yang dimanupilasi oleh anasir luar dan ingin menjatuhkan imej negara menerusi pembohongan fakta.
Sidang meja bulat yang telah berlangsung malam ini ingin suarakan “SPRM MESTI AGRESIF” dalam semua tindakan untuk memastikan pesalah rasuah dikemukakan ke muka pengadilan dan dihukum dengan setimpalnya. MCW bersama-sama SPRM mahu menjadi antara pendesak dan pelaksana yang membantu negara ini mencapai kestabilan ekonomi yang mampan. Kami juga mahu memastikan generasi Transformasi National 2050 hidup aman makmur di dalam zon ‘Sifar Rasuah’
oleh:
Ketua Penerangan
JULAILA BINTI SAMSUDI
Leave a Reply