Ahli-Ahli Berdaftar Pemerhati Rasuah Malaysia – Malaysia Corruption Watch (MCW)
Tuan / Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUNAN PEMERHATI RASUAH MALAYSIA (MCW) KALI KEEMPAT TAHUN 2026.
Adalah dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara tersebut.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali Keempat (MATT4) MCW Tahun 2026 akan diadakan sepertimana ketetapan berikut.
Tarikh : 13 Jun 2026 :
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari (Sesi Dialog Khas dan Majlis Perasmian)
2.00 petang – 4.30 petang (Mesyuarat Agung Tiga Tahunan)
Perasmi : YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri
Tempat : Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor
*Pengisian MATT4 yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
1. Pembukaan mesyuarat
2. Pelantikan Pengerusi Mesyuarat Agung Tiga Tahunan MCW Kali Keempat
3. Ucapan dasar Presiden MCW bagi penggal 2023-2026
4. Pembentangan Laporan Tiga Tahunan MCW bagi penggal 2023-2026
5. Membentang dan mengesah Minit Mesyuarat Agung Tiga Tahunan MCW Kali Ketiga
6. Membentang dan mengesah Laporan Kewangan Tiga Tahunan MCW bagi penggal 2023-2026 berakhir pada 31 Mac 2026
7. Pembubaran Ahli Jawatankuasa MCW penggal 2023-2026
8. Pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa MCW penggal 2026-2029
9. Pembentangan dan perbahasan usul
10. Ucapan penangguhan
11. Penangguhan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan MCW Kali Keempat
4. Sila ambil perhatian,
4.1. setiap usul yang hendak dibentang di dalam mesyuarat berkenaan hendaklah diisi di dalam borang atas talian (“google form”) yang disediakan. Usul tuan/puan akan dibentang untuk dibahas oleh ahli mesyuarat sekiranya pembawa usul hadir.
4.2. ahli berdaftar yang berminat untuk bertanding bagi jawatan ahli Ahli Jawatankuasa MCW penggal 2026-2029, perlu mematuhi prosedur ditetapkan yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan MCW
4.3. Tuan/puan juga dikehendaki mengesahkan kehadiran di dalam borang atas talian (“google form”) yang disediakan.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan amat diharapkan bagi menjayakan visi dan misi MCW serta didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang Menjalankan Tugas,
ROSDI AMIR
Setiausaha Agung