PERLEMBAGAAN BAGI
PERTUBUHAN INDUK
PEMERHATI RASUAH MALAYSIA (MALAYSIA CORRUPTTON WATCH(MCW)
( PPM -010-14-24072017 )
FASAL 1 NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PEMERHATT RASUAH MALAYSIA (MALAYSIA CORRUPTION WATCH(MCW)
Selepas ini disebut “Pertubuhan”.
(2) Takrif Nama :
(3) Taraf Pertubuhan : Kebangsaan
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
NO.4, JALAN MEWAH 5, BANDAR TUN RAZAK
56000 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
NO.B.2.1A , JALAN PRIMA SAUJANA 2/G SEKSYEN 3, TAMAN PRIMA
SAUJANA 43OOO KAJANG SELANGOR
43OOO KAJANG
SELANGOR
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah
tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
3.1. Bertindak sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan yang menyokong perjuangan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menjalankan pelbagai
aktiviti dan kempen menentang rasuah kepada masyarakat majmuk di Malaysia.
3.2. Menyediakan platform untuk sesiapa sahaja melaporkan rasuah. Berkongsi
apa sahaja yang mereka alami; lihat dan ketahui mengenai salah laku rasuah
menerusi laman web, talian SMS, media sosial, e-mel atau pos.
3.3. Melaksanakan program KESEDARAN dan PENDIDIKAN yang menekankan
aspek INTEGRITI dan TADBIR URUS YANG BAIK sebagai sistem kawalan
dalaman pencegahan perlakuan rasuah.
3.4. Mengumpul dan menganalisis maklumat untuk mengenal pasti corak dan
kebiasaan berlakunya jenayah rasuah. Menyediakan laporan penyelidikan ke atas
kes-kes rasuah untuk mencari penyelesaian kepada rasuah sistemik yang boleh
menggugat kesejahteraan, keselamatan dan kelangsungan nasional sesebuah
negara.
3.5 Menyediakan saluran komunikasi dan media untuk berkongsi dan
mendedahkan maklumat mengenai hasil penemuan berdasarkan kajian terhadap
kes-kes rasuah dengan semua golongan masyarakat termasuklah pihak
penguatkuasa (SPRM), orang awam, organisasi bukan kerajaan yang berfikiran
sama seperti badan-badan awam dan pihak yang telah dilemahkan oleh perlakuan
rasuah.
3.6. Bertindak sebagai sekretariat yang menyatukan semua Badan Bukan Kerajaan
(NGO), organisasi yang berminat dengan aktiviti pendidikan integriti dan
pencegahan rasuah di dalam serta luar negara.
3.7. Memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu atau organisasi yang
cemerlang memperjuangkan aktiviti pendidikan integriti dan pencegahan rasuah.
FASAL 4 KEAHLIAN
FASAL 4: KEAHLIAN
4.1A. Ahli
Berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai jati diri yang tinggi untuk menghindarkan
diri daripada perlakuan rasuah. Membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 100.00
dan yuran tahunan sebanyak RM 200.00.
4.2. Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mana-mana persatuan atau pertubuhan yang berdaftar di Malaysia.
4.3A. Ahli Kehormat
Terbuka kepada individu yang berjasa kepada masyarakat berdasarkan
pencalonan daripada ahli MCW atau dianugerahkan oleh MCW kepada individu
yang difikirkan wajar dan layak bagi kedua-dua kategori dalam satu-satu masa
mengikut ketetapan Jawatankuasa MCW dari masa ke masa. Ahli Kehormat terdiri
daripada dua kategori:
4.3A.1. Ahli Pemikir
a. Terhad kepada 12 orang yang terdiri daripada individu yang dipilih dan dilantik
oleh Jawatankuasa MCW di kalangan individu yang difikirkan sesuai dan layak
b. Membayar yuran pendaftaran sebanyak RM4500.00 dan sumbangan tahunan
sekurang-kurangnya sebanyak RM 1000.00
4.3A.2. Penasihat
a. Terhad kepada 12 orang yang terdiri daripada individu yang dipilih dan dilantik
oleh Jawatankuasa MCW di kalangan individu yang difikirkan sesuai dan layak
c. Membayar yuran pendaftaran sebanyak RM1000.00 dan sumbangan tahunan
sekurang-kurangnya sebanyak RM2000.00
4.4. Ahli Sukarelawan
Terbuka kepada mana-mana individu yang berminat tanpa had umur dan tanpa
membayar sebarang yuran. Boleh menyertai pelbagai program, menjadi aktivis dan
tidak memegang sebarang jawatan dalam organisasi MCW. Keahlian ini perlu
didaftar dan diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa.
FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
FASAL 5: PENGGANTUNGAN, PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
5.1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Petubuhan hendaklah
memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Agung
dan menjelaskan segala hutangnya jika ada.
5.1A. Setiap ahli berdaftar mengikut Perlembagaan ini adalah tertakluk kepada Kod
Etika dan Tatakelakuan Ahli MCW yang berkuatkuasa sebagai sebahagian
daripada undang-undang Pertubuhan ini khususnya dalam mentadbir perihal
disiplin ahli bagi setiap dan segala perkara keahlian termasuklah etika, tatacara,
tindakan, perlakuan setiap ahli berdaftar.
5.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yangdifikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi
pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan suarat pemecatan atau penggantungannya. Pemecatanatau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu berikutan dari rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
FASAL 6: SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
6.1A Bayaran yuran pendaftaran setiap ahli merujuk kepada Fasal 4 Perlembagaan
6.2A Yuran tahunan setiap ahli merujuk kepada Fasal 4 Perlembagaan yang
hendaklah dibayar kepada Bendahari pada setiap bulan pertama setiap tahun atau
mengikut ketetapan Bendahari dan dipersetujui oleh Jawatankuasa MCW.
6.3 DIPINDA DAN DIBUANG KESELURUHAN
6.4A Ahli yang gagal membayar yuran tahunan atau mana-mana bayaran yang
kena dibayar sebagai ahli samada jumlah penuh atau mana-mana bahagian
daripadanya selama 2 tahun berturut-turut secara otomatis hilang hak-hak
keistimewaannya sebagai ahli berdasarkan ketetapan Perlembagaan ini dan/atau
Jawatankuasa MCW dari masa ke semasa sehingga jumlah yang tertunggak
tersebut dibayar sepenuhnya.
6.5A Ahli yang gagal membayar yuran tahunan atau mana-mana bayaran yang
kena dibayar sebagai ahli samada jumlah penuh atau mana-mana bahagian
daripadanya selama 3 tahun atau lebih berturut-turut secara otomatis terlucut
keahliannya berdasarkan ketetapan Perlembagaan ini dan/atau Jawatankuasa
MCW dari masa ke masa.
6.6A Jawatankuasa mempunyai kuasa menimbang dan membuat ketetapan
samada menerima atau menolak rayuan mana-mana ahli untuk mengaktifkan
penglibatan semula keahliannya atau kemasukan semula sebagai ahli akibat
daripada pelanggaran Perkara 6.4A dan 6.5A Perlembagaan ini.
6.74 Yuran khas atau apa jua kutipan wang daripada ahli-ahli untuk tujuan tertentu
selain daripada yang diperuntukan di dalam Fasal 6 atau mana-mana bahagian di
dalam Perlembagaan ini boleh dilaksanakan dengan persetujuan mesyuarat
Jawatankuasa. Mana-mana ahli yang ingkar-membayar sejumlah wang yang kena
dibayar di dalam Perkara 6.74 ini dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka ahli
berkenaan dianggap sebagai terhutang sepertimana Perkara 6.4A dan 6.5A
Perlembagaan ini kecuali diputuskan sebaliknya.
6.8 Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan
barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah disytiharkan dengan jelas dan
tepat dalam Penyata Tahunan Pertubuhan
6.9 Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli,
melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
FASAL 7: MESYUARAT AGUNG
7.1 Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli.
Sekurang-kurangnya satu perdua (112) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi
atau dua kali jumlah Ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang lebih kurang,
hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan
mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
7.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada
suatu tarikh (tidak lebih daripada tempoh 30 hari) yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu
yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah
ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda
undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan
sernua ahli.
7.3 Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali bagi Pertubuhan hendaklah diadakan
secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada
31 hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa.
Kerja-kerja Mesyuarat Agu ng adalah :
(a) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam
tahun lalu;
(b) menerima laporan kewangan oleh Bendahari dan penyata kewangan yang telah
diaudit bagi tahun lalu;
(c)(i) memilih dan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa sepertimana yang diperuntukan
di dalam Fasal B untuk tempoh tiga tahun yang akan datang; dan
(d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
7.4. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurangkurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali diadakan satu
notis dan agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan
serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan suratsurat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat
urusan Pertubuhan.
7.5. Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau atas permohonan bertulis daripada sekurangkurangnya satu perlima (1/5) daripada ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklahdihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan. Peruntukan fasal 7.4 di atas yang berkenaan hendaklah dipakai.
7.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh Jawatankuasa atau ahli-ahli
hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh
penerimaan permintaan mesyuarat itu.
7.7. Fasal 7.1 dan 7.2 di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali hendaklah digunakan untuk
Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas
setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas
atas permintaan Jawatankuasa atau ahli-ahli tu maka mesyuarat tersebut
hendaklah dibatalkan dan dalam 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan Jawatankuasa atau ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh
diadakan.
7.8. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan
deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali dan Mesyuarat
Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
FASAL 8: JAWATANKUASA
8.1A. Perjalanan Persatuan ini adalah dipertanggungjawabkan kepada
Jawatankuasa yang dipilih tiga tahun sekali dalam Mesyuarat Agung atau yang
dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa dan mengandungi:
8.1A.1. Jawatankusa yang dipilih di dalam Mesyuarat Agung:
a. seorang Presiden;
b. tiga orang Timbalan Presiden;
c. lima orang Naib Presiden; dan
d. sepuluh orang ahli jawatankuasa biasa yang dipilih dari kalangan ahlinya
8.1A.2, Jawatankuasa yang dilantik
Jawatankuasa:
a. seorang Setiauasaha Agung
b. seorang Penolong Setiausaha Agung
c. seorang Bendahari
d. seorang Ketua Penerangan
e. lima ahli Jawatankuasa tambahan
oleh Presiden dengan persetujuan
8.2 Pemegang-pemegang jawatan dalam Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai
yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada
Warganegara Malaysia. Walau apa pun ini tidak menyekat Jawatankuasa untuk melantik sesiapa sahaja secara ad hoc ke dalam Jawatankuasa untuk mendapatkan nasihat atau tunjuk ajar kepakarannya.
8.3 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta
disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di
dalam Mesyuarat Agung.
8.4A Fungsi Jawatankuasa adalah untuk mengelola dan mengaturkan kerja-kerja
harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai
perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat
Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang
bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung atau diluar kerana
jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung.
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam
tahun lalu kepada tiaptiap Mesyuarat Agung.
8.5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3
bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada Ahli-ahli
Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak
kurang daripada 5 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil
supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurangkurangnya setengah (112) daripada bilangan ahli jawatankuasa hendaklah hadir
bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
8.6 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkkan kelulusan Jawatankuasa
dan l\Iesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agung
bolehlah mendapatkan kelulusan daripada Ahli-ahli Jawatankuasa secara
pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah
disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah
diterima.
(a) masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;
(b) sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan bertulis mereka terhadap cadangan itu;
dan
(c) sebarang keputusan yang dibuat melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan
oleh Setiausaha kepada [Vlesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan
dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. Jika ianya tidak disahkan maka segala
tindakan terhadap keputusan itu dianggap tidak sah dan hendaklah diperbetulkan
8.7. Jika seorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan,
calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pernilihan yang lalu
hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang
sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa
antik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
8.8. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha Agung dan manamana ahli lain dari kalangan ahli-ahli untuk membantu Setiausaha Agung untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan juga melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. la boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang
difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
8.9. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil yang tidak semestinya
dari kalangan ahli-ahli jawatankuasa bagi menjalankan sesuatu aktiviti.
FASAL 9 KEWAJIPAN.KEWAJIPAN PEGAWAI
FASAL 9: KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
9.1 Presiden
Presiden akan memimpin Pertubuhan dalam usaha-usaha mencapai tuj0antujuannya. Beliau hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.
9.2 Timbalan Presiden
Timbalan Presiden bertanggungjawab untuk membantu Presiden memimpin
Pertubuhan dan menjalankan tugas-tugas Presiden jika Presiden tiada atau tidak
dapat menjalankan tugasnya.
9.3 Naib Presiden
Naib Presiden membantu Timbalan Presiden dan mengetuai biro-biro yang dilantik
dalam mesyuarat.
9.4 Setiausaha Agung
Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang Pertubuhan dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. la bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua dokumen seperti buku, surat dan kertas kecualiakaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha Agung hendaklah menyimpan Buku Daftar Ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiaptiap ahli. la hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha Agung hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan hendak diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1996.
9.5. Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha Agung menjalankan kerja kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Agung atau apabila beliau tidak dapat menjalankan tugasnya.
9.6 Ketua Penerangan
Ketua Penerangan bertanggungjawab sebagai Pegawai Perhubungan dan Pegawai
Penerangan Pertubuhan.
9.7 Bendahari
Bendahari adalah bertanggungjawab terhadap semua hal kewangan Pertubuhan. la hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Semua cek yang dikeluarkan hendaklah mengandungi tandatangan Bendahari.
9.8 Ahli Jawatankuasa Biasa
Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah bila diperlukan membantu Jawatankuasa
dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
FASAL 10: KEWANGAN
10.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang .ini wang
Pertubuhan boleh digunakan untuk perkara yang dibenarkan dan berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, umpamanya perbelanjaan pentadbiran,
bayaran saguhati, dan upah memeriksa kira-kira.
10.2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai untuk tujuan peruncitan tidak
lebih daripada RM 500.00. (lima ratus ringgit) pada sesuatu masa. Wang yang lebih
daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
10.3 Jawatankuasa hendaklah melantik sesama Ahli Jawatankuasa sebagai
penandatangan-penandatangan cek mengikut had tertentu. Segala kenyataan
pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani oleh
Presiden atau Setiausaha Agung bersama Bendahari.
10.4 Perbelanjaan yang melebihi RM10000.00 (sepuloh ribu ringgit) bagi sesuatu
masa tidak boleh dibayar tanpa diluluskan terlebih dahulu Oleh Jawatankuasa dan
perbelanjaan yang melebihi RM100,000.00) (seratus ribu ringgit) bagi sesuatu
masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih
dahulu. Perbelanjaan RM 1000.00 (satu ribu ringgit) dan kebawah bagi sesuatu
masa boleh diluluskan oleh Presiden atau mana mana Timbalan Presiden atau
Setiausaha Agung bersama Bendahari.
10.5 Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira
bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa Oleh Pemeriksa
Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 11 Undang-Undang ini dengan seberapa
segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu
hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung yang berikut dan
salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
10.6 Tahun kewangan Petubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada
31 hb Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 11 JURUAUDIT
FASAL 1 1: PEMERIKSA KIRA-KIRA
11.1A Jawatankuasa akan melantik dua orang Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan
memegang jawatan selama tiga tahun dan boleh dilantik semula
11.2 Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga apabila diarahkan pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kirakira Pertubuhan dan membuat laporan kepada Jawatankuasa
FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH
12.1 Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 40 tahun
hendaklah dilantik oleh Jaawatankuasa dan mereka akan berkhidmat selama yang
dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan
diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed
of Trust).
12.2 Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan
hakmilik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa
yang diberikan oleh mesyuarat agung Pertubuhan.
12.3 Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh
mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di
dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidap dapat
menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku
kematian, perletakan jawatan atau pemecatan bagi seseorang Pemegang Amanah
maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru
yang dilantik oleh Jawatankuasa.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
FASAL 13: TAFSIRAN PERLEIVBAGAAN PERTUBUHAN
13.1 Apabila timbul keraguan, Jawatankuasa boleh menggunakan budibicara untuk
memberikan tafsirannnya terhadap undang-undang ini dan Jawatankuasa jika terdesak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini selagi ianya tidak memudaratkan Pertubuhan.
13.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar
yang telah dibuat dalam lVesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahliahli adalah muktamad selagi ianya tidak diubah oleh Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG
FASAL 14: PENAUNG
Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik sesiapa orang yang layak dan
sesuai untuk menjadi Penaung bagi Pertubuhan dengan syarat orang yang dilantik
itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.
FASAL 15 LARANGAN
15.1 Permainan judi yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan dalam
premis Persatuan umpamanya: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai,
Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap li Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga
Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, “banker’s game” dan
semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.
15.2 Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa
cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil
peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang di definasi di dalam Akta
Kesatuan Sekerja, 1959.
15.3 Pertubuhan tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
15.4 “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undangundang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
17 PEMBUBARAN
17.1 Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak
kurang daripada tiga perlima (315) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam
suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
17.2 Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Petubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
17.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera –
Keterangan –
2. Lambang

Keterangan
Logo berbentuk tulisan kemas yang berwarna putih dan berlatar belakang warna
biru menggambarkan disiplin serta fokus pertubuhan ini terhadap gerakan revolusi
menentang rasuah dengan tegas. MCW berdiri teguh bersama komitmen barisan
kepimpinan yang tinggi demi memastikan visi, misi dan objektif pertubuhan ini
mencapai matlamat.
Warna BIRU membawa maksud keseimbangan, keyakinan, keseriusan dan
kepercayaan. Kombinasi warna biru muda dan biru tua merupakan kekuatan yang
saling melengkapi. Biru muda membawa maksud kepercayaan dan warna biru tua
melambangkan pengalaman serta jati diri yang teguh.
Warna PUTIH melambangkan kebersihan, kesucian dan keikhlasan. Selain itu,
warna putih juga melambangkan pertubuhan ini memiliki integriti yang tinggi.
SEGI EMPAT yang membentuk logo bererti kestabilan, kukuh, teguh dan rasional
Setiap empat penjuru logo mempunyai maksud yang tersendiri dan melambangkan
nilai-nilai penting dalam pertubuhan iaitu K.I.T.A,
Kebertanggungjawaban(Responsibility),lntegriti (lntegrity), Telus(Transparency) dan Akauntabiliti (Accountability)
3. Lencana
Keterangan –
