Seminar Pendidikan Antirasuah bersama Pengundi Muda

BERITA AKTIVITI BERSAMA SPRM
Putrajaya, 20 Mac 2022- Seminar Pendidikan Antirasuah bersama Pengundi Muda (belia) anjuran Bahagian Pendidikan Masyarakat (PENMAS ) SPRM bersama GPMS dan PKPIM telah berlangsung separuh hari di HQ SPRM di Putrajaya hari ini.
Dua orang ahli baharu MCW dari Johor Bahru iaitu Dr. Geetha dan Cik Pavitra terlibat secara aktif dalam sesi ini dengan jayanya.
Semoga usaha SPRM untuk memperkasakan pengetahuan dan kesedaran golongan muda tentang implikasi rasuah akan diteruskan dari semasa ke semasa. Satu undi amat penting bagi menentukan wakil rakyat yang telus dan amanah dalam memikul tanggungjawab sebagai pemimpin.
Pengundi muda perlu dipersiapkan dengan minda t’olak rasuah’ dan berani membuat pilihan yang tepat supaya pentadbiran negara sentiasa bebas daripada belenggu rasuah.
MCW akan sentiasa komited bagi menjayakan agenda mencegah rasuah yang dijalankan oleh SPRM. Usaha ini perlu dilipatgandakan dan harus bermula dari akar umbi masyarat tanpa mengira usia, kaum dqn agama.