KENYATAAN MEDIA PEMERHATI RASUAH MALAYSIA (MCW) BERKENAAN MAJLIS MENANDATANGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN – PERJANJIAN KEPERCAYAAN – PERBEKALAN-REFORMASI ANTARA KERAJAAN DAN PEMBANGKANG

KENYATAAN MEDIA PEMERHATI RASUAH MALAYSIA (MCW) BERKENAAN MAJLIS MENANDATANGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN – PERJANJIAN KEPERCAYAAN – PERBEKALAN-REFORMASI ANTARA KERAJAAN DAN PEMBANGKANG

1. MCW ingin mengalu-alukan majlis tersebut yang telah menetapkan 7 transformasi parlimen Malaysia mengikut titah YDPA yang telah menekankan kepada kepentingan kestabilan politik negara ini.

2. Perjanjian ini adalah gencatan senjata yang terbaik walaupun banyak kemusnahan telah berlaku namun ianya tetap belum terlambat ibarat pepatah Inggeris ‘Better late than never’ atau ‘blessing in disguise’. Inilah juga antara impian rakyat Malaysia demi kemajuan negara yang teruk terjejas akibat pandemic COVID-19.

3. Berkenaan tempoh 10 tahun maksimum untuk individu pemegang jawatan Perdana Menteri, MCW mencadangkan agar ianya dibincangkan dengan lebih teliti. Ianya mungkin dimanipulasi dengan diperturunkan kepada kaum keluarga terdekat untuk ambil alih jawatan tersebut. Malah, tempoh itu adalah terlalu singkat yang memungkinkan ‘plundering of national asset’ dilakukan dalam sekelip mata.

4. Reformasi institusi lain yang dipersetujui itu adalah cukup baik dan pastinya mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia. Ianya adalah satu keputusan tepat dan wajar dipuji. MCW berpendapat bahawa rakyat berhak diberi peluang untuk menyatakan pandangan menerusi saluran yang bersesuaian. MCW akan terus memantau dan memberikan pandangan penambahbaikan keatas peristiwa yang bersejarah ini.

Haji Jais Abdul Karim
Presiden

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*